Kelas Ict Siri 11
7 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 06 April 2018 telah diadakan program Kelas ICT bersama pelajar SK KG Chengal siri 11. Program ICT ini merupakan kesinambungan aktiviti dan juga latihan yang akan diadakan secara berperingkat bagi pelajar SK Chengal. Program ini diadakan bertujuan untuk melatih para pelajar yang terlibat menggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel). Di samping itu juga, program ini dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi perisian-perisian tertentu. Kelas ICT pada kali ini pelajar diajar membuat carta menggunakan MS Word.
Terdapat beberapa jenis carta yang diperkenalkan kepada para pelajar antaranya carta pai, carta bar, carta bergaris dan banyak lagi. Pada sesi kali ini, para pelajar diajar membuat carta pai terlebih dahulu. Para pelajar diajar membuat carta pai yang menunjukkan murid-murid dalam setiap tingkatan di sebuah sekolah. Bagi membina sebuah carta pai ini, satu bulatan dibahagikan kepada sektor-sektor berlainan mengikut kuantiti setiap data.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: